Thursday

Petua Ubat Buasir

BUASIR sememangnya satu masalah yang kronik. Ia berpunca daripada saluran darah vena yang membengkak di sekitar dinding dubur.

Oleh itu, apakah cara rawatan yang terbaik untuk buasir .


Pertama menggunakan rawatan secara perubatan, misalnya ointmen seperti zink oksida dan jeli petroleum boleh digunakan untuk mencegah kecederaan dan mengurangkan kegatalan pada dubur. Ada kalanya ointment mengandungi steroid boleh membantu mengurangkan inflamasi dan kegatalan pada dubur sementara ointmen yang mengandungi ubat pelali digunakan jika buasir itu menyakitkan.

Ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) pula digunakan bagi mengurangkan sakit dan bengkak pada dubur. Kaedah ini cukup berkesan bagi kes buasir yang akut.

Pada masa sama, kita juga harus memahami yang cara hidup kita mestilah berubah sama bagi mengurangkan risiko buasir berulang semula.

Ini seperti:

  • Mengelak sembelit dengan mengambil lebih banyak makanan berserat tinggi seperti bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang. Makanan yang berserat tinggi boleh diambil bagi membantu najis menjadi lembut. Senaman dan mengambil makanan berfiber tinggi membantu perjalanan buang air besar.


  • Elakkan pengambilan julap kerana ia menyebabkan cirit birit dan memburukkan lagi buasir.


  • Elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi. Minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air sehari bagi mengelakkan badan kekurangan air dan berdepan masalah sembelit


  • Amalkan pembuangan air besar yang baik seperti mengelak meneran terlalu kuat. Segeralah ke bilik air jika ada gesaan untuk membuang air besar.


  • Jangan amalkan membaca dalam bilik air terlalu lama kerana akan menyebabkan buasir menjadi teruk.


  • Pastikan tidak duduk dan berdiri terlalu lama serta jangan mengangkat barang berat.

    Sumber :Berita Harian.com.my
  • No comments:

    Post a Comment