Thursday

Petua Elak Stress dan Marah

Kerap kali kita mendengar individu mengalami tekanan dan kemurungan jiwa.Sama ada berpunca daripada tekanan kerja,masalah cinta perpecahan keluarga , masalah kewangan dan sebagainya.

Remaja hakikatnya merupakan golongan yang sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran dan tekanan yang kadang kala berakhir dengan peristiwa tragis.Golongan muda mudah tertekan akibat masalah personaliti diri dan bila tiba musim peperiksaan.Persoalannnya adakah tekanan wajar diluahkan atau disimpan untuk mengelakkan daripada diketahui orang lain. Berikut beberapa petua yang boleh dikongsi bersama untuk mengelakkan tekanan dalam kehidupan seharian :

1. Tidur yang mencukupi
Boleh merehatkan badan dan otak.Kajian mendapati seseorang yang tidur tiga hingga empat jam kurang daripada kadar biasa akan mengalami tekanan.

2. Berwuduk(bagi orang Islam)
Jiwa akan lebih tenang dengan berwuduk.

3. Bersukan
Lakukan aktiviti beriadah sama ada berjoging dan sebagainya.

4. Amalkan diet
Pemakanan yang seimbang mengurangkan tekanan dan kegemukan

5. Menangis sepuas hati
Mampu mengurangkan tekanan dan anda tahu bila masa terbaik untuk berhenti menangis.

6. Tingaktkan keyakinan diri.
Sentiasa berfikiran postif dalam kehidupan.

7. Cintai diri sendiri
"Cintailah Diri Kamu Sebelum Kamu mencintai diri orang lain ' -Maksud Hadis

8. Tarik nafas dalam-dalam.
Apabila anda panik,rasa mahu marah..tarik nafas dalam-dalam sekurang-kurangnya tiga kali.

Amalkan 8 petua ini untuk gaya hidup yang lebih sihat.

Tangani Stres

Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
  • Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
  • Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Kenal pasti kenapa anda marah
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
  • Berfikir secara positif
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • Belajar menyukai diri sendiri
  • Belajar bertenang
  • Adakan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • Bersifat tegas/asertif
  • Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda

No comments:

Post a Comment