Monday

BERFIKIR DAHULU SEBELUM MAKAN MAKANAN LAUT

Dengan purata 45kg hasil laut yang dimakan oleh setiap rakyat Malaysia setahun, ia menjadikan rakyat Malaysia sebagai pengguna hasil laut yang tertinggi di Asia Tenggara dan hanya di belakang Jepun di benua Asia.

Dana Hidup Liar Dunia (World Wildlife Fund, WWF) Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam (Malaysia Nature Society, MNS) telah melancarkan program ’Selamatkan Hasil Laut Kita’ pada bulan Jun lalu. Mereka juga telah memperkenalkan satu panduan hasil laut untuk para pengguna Malaysia untuk mengelakkan mana-mana hasil laut yang semakin berkurangan.

Pakar-pakar saintis dunia meramalkan bahawa sekiranya exploitasi hasil laut masih dijalankan secara berleluasa, maka dalam tempoh 40 tahun, hasil laut dunia akan kepupusan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WWF Malaysia, Datuk Dionysius Sharma, penggunaan hasil laut negara kita akan meningkat kepada 50kg setiap seorang dalam tempoh terdekat pada masa hadapan. Beliau juga menekankan bahawa exploitasi hasil laut secara berlebihan dan tidak lestari telah berlaku di Malaysia untuk menangani pasaran hasil laut yang berkembang pesat ini sejak tahun 1980-an lagi. Sekiranya keadaan ini tidak berubah, negara kita bakal menghadapi kekurangan hasil laut.

Pada masa ini, negara kita mempunyai 12,000 orang nelayan dan penternak ikan, dengan tangkapan hasil laut sebanyak 1.65 juta ton yang bernilai sebanyak RM5.8 bilion. Melalui soal selidik yang telah dijalankan, dua pertiga daripada responden akan mengurangkan atau berhenti memakan hasil laut sekiranya stok hasil laut menurun. Manakala hanya satu pertiga orang yang tahu bahawa stok hasil laut telah menurun secara mendadak.

Selain itu, Pengarah Eksekutif MNS, Dr. Loh Chi Leong berkata bahawa rakyat Malaysia memang suka makan hasil laut. Namun sebelum makan, buatlah pilihan yang wajar dengan mengelakkan daripada memakan hasil laut yang bakal pupus.

No comments:

Post a Comment