Thursday

Petua Elak Stress

Otak yang tenang dapat diatasi dengan beberapa jenis makanan yang boleh membantu masalah tekanan supaya menjadi lebih efektif.

Ayam bakar dan daging yang membekalkan protein yang baik terhadap tubuh badan. sejumlah 200 gram akan membantu otak menghasilkan doparnin dan norepinefrin, iaitu sebatian kimia semula jadi di dalam otak yang akan mengekalkan kewarasan anda, demikian menurut Judith Wurtman, penulis buku The Serotonin Power Diet,daging mengandungi lemak yang juga mengandungi vitamin B, zat besi yang dapat membantu mengurangkan stress

Kacang badam sangat lazat dan mempunyai khasiat antistress luar biasa yang dilengkapi vitamin B2, vitamin E dan magnesium yang membantu menenangkan dan mengendalikan emosi dengan baik, manakala vitamin E yang terkandung di dalamnya kaya dengan antioksidan yang boleh menghalang radikal bebas menjadi penyebab stress, sekali gus melawan penyakit jangtung. Makan segenggam badam setiap hari sudah mencukupi untuk mengekalkan kesihatan dan mengawal stres anda.

Bertih jagung juga dapat membantu menghindari perasaan gelisah sehingga menyebabkan tidur terganggu.Pilihlah makanan seperti bertih jagung kerana karbohidrat akan membuat badan kita melepaskan serotonin, iaitu sebatian kimia didalam otak yang menyebabkan kita berasa lebih tenang.

Penggemar-penggemar makanan Jepun seperti ‘sushi’ tentunya bakal mendapat manfaat kerana rumpai laut mempunyai khasiat mirip ikan yang terdapat di dalam campuran sushi. Asid pantothenic yang terdapat di dalamnya penting bagi kelenjar adrenalin yang memainkan peranan penting bagi pengurusan stres tubuh. Kekurangan asid ini boleh menyebabkan jangkitan lelah dan rasa gelisah yang berlebihan.

Coklat membantu anda menenangkan emosi. Coklat dipenuhi dengan nadamin dan feniletilamin yang membantu saraf dan membuat perasaan lebih tenang dan gembira. Nanas dan buah beri mempunyai antioksidan yang banyak membantu anda melawan radikal bebas menghasilkan memori segar dan kuat. Ini kerana "otak menyerap lebih banyak oksigen, maka antioksidan akan membantu mengurangkan kerosakan otak disebabkan oksidan yang ada.

Hampir kesemua jenis ikan mengandungi vitamin B lengkap, terutama B6, dan B12 yang diketahui amat penting bagi meredakan stres. Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan depresi. Selain itu, makanan yang kaya dengan omega 3 seperti ikan salmon, boleh melindungi diri daripada penyakit jantung.

Sayuran hijau seperti brokoli, kangkung dan sayuran lain yang berwarna hijau tua merupakan sayuran yang amat bermanfaat untuk menurunkan stres. Ini kerana, kandungan vitaminnya yang begitu banyak dapat dijadikan sebagai sumber tenaga tubuh yang semakin berkurangan ketika fikiran dalam keadaan tertekan.

Roti, nasi putih atau kuih-muih boleh mengenyangkan, tetapi setelah menikmatinya anda akan berasa mengantuk dan tak kurang boleh menyebabkan anda lebih berisi dan gemuk. Namun, gandum memberi kesan yang lain, Iaitu boleh mengenyangkan sekali gus dapat mengendalikan stres dalam jangka waktu yang lama.

Sebelum mengambil susu, carilah jenis susu yang paling sesuai dengan keperluan anda. Apa yang penting, minuman ini mengandungi antioksidan yang dapat menghancurkan radikal bebas yang menjadi punca stres. Minumlah susu pada waktu pagi atau malam ( sebelum anda tidur).

No comments:

Post a Comment