Friday

Serap Semua Isu OKU Dalam Program Pembangunan Arus Perdana - Rosmah

PEKAN, 21 Ogos (Bernama) -- Sebarang isu dan permasalahan mengenai golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) perlu diserapkan dalam program pembangunan arus perdana sekiranya masyarakat benar-benar mahu mendapatkan hasil berkesan dalam usaha untuk mengubah nasib golongan itu.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata ini kerana golongan OKU perlu diberi lebih ruang untuk memainkan peranan secara lebih menyeluruh dan saksama supaya mereka dapat mencapai potensi maksimum sebagai anggota masyarakat yang mampu menyumbang ke arah pencapaian matlamat serta wawasan negara.

"Sehubungan itu, saya menyeru badan-badan bukan kerajaan serta warga korporat untuk terus memberi kerjasama kepada pihak kerajaan melalui kementerian serta agensi-agensi berkaitan sama ada dalam bentuk kewangan atau kepakaran bagi membantu membina golongan OKU yang mampu menyumbang kepada kemakmuran negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri Program Semai Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Kepada Golongan OKU di Mydin Wholesale Emporium Pekan di sini pada Sabtu.

Rosmah turut menyeru kepada semua anggota masyarakat terutamanya golongan muda dan berpendidikan tinggi supaya tampil menawarkan diri membantu dalam membangunkan masyarakat OKU supaya sama-sama dapat menikmati kemakmuran dan kesejahteraan negara.

"Mungkin ramai di kalangan kita yang terlupa bahawa golongan OKU adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk masyarakat di mana mereka mempunyai hak yang sama rata dari segi pendidikan, perkhidmatan kesihatan, pekerjaan dan aktiviti-aktiviti sosial bagi membantu mereka meningkatkan kualiti hidup masing-masing sama seperti orang lain," katanya.

Pada majlis itu, Rosmah yang juga Yang Dipertua Bakti menyampaikan sumbangan hari raya daripada pihak Mydin Wholesale berupa duit raya, pakaian dan kuih kepada 329 warga OKU dari 13 buah pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) daerah Pekan, Bera dan Rompin.

Rosmah berkata Program Semai Bakti adalah program khusus untuk menyalurkan khidmat bakti kepada golongan OKU di negara ini.

Katanya sejak mula diasaskan, program berkenaan telah menyumbang kepada pembangunan golongan OKU melalui pelbagai aktiviti sosial untuk membantu meningkatkan keupayaan diri golongan itu.

Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuk penganjuran pelbagai kursus untuk penyelia dan petugas pusat PDK serta pemimpin komuniti setempat, membaik pulih prasarana PDK dan meningkatkan mutu kemudahan latihan serta pemulihan PDK.


Banner Maker
BannerBreak.com - Banner Maker - Banners - Facebook Banners

Thursday

Petua Elak Stress dan Marah

Kerap kali kita mendengar individu mengalami tekanan dan kemurungan jiwa.Sama ada berpunca daripada tekanan kerja,masalah cinta perpecahan keluarga , masalah kewangan dan sebagainya.

Remaja hakikatnya merupakan golongan yang sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran dan tekanan yang kadang kala berakhir dengan peristiwa tragis.Golongan muda mudah tertekan akibat masalah personaliti diri dan bila tiba musim peperiksaan.Persoalannnya adakah tekanan wajar diluahkan atau disimpan untuk mengelakkan daripada diketahui orang lain. Berikut beberapa petua yang boleh dikongsi bersama untuk mengelakkan tekanan dalam kehidupan seharian :

1. Tidur yang mencukupi
Boleh merehatkan badan dan otak.Kajian mendapati seseorang yang tidur tiga hingga empat jam kurang daripada kadar biasa akan mengalami tekanan.

2. Berwuduk(bagi orang Islam)
Jiwa akan lebih tenang dengan berwuduk.

3. Bersukan
Lakukan aktiviti beriadah sama ada berjoging dan sebagainya.

4. Amalkan diet
Pemakanan yang seimbang mengurangkan tekanan dan kegemukan

5. Menangis sepuas hati
Mampu mengurangkan tekanan dan anda tahu bila masa terbaik untuk berhenti menangis.

6. Tingaktkan keyakinan diri.
Sentiasa berfikiran postif dalam kehidupan.

7. Cintai diri sendiri
"Cintailah Diri Kamu Sebelum Kamu mencintai diri orang lain ' -Maksud Hadis

8. Tarik nafas dalam-dalam.
Apabila anda panik,rasa mahu marah..tarik nafas dalam-dalam sekurang-kurangnya tiga kali.

Amalkan 8 petua ini untuk gaya hidup yang lebih sihat.

Tangani Stres

Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
  • Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
  • Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Kenal pasti kenapa anda marah
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
  • Berfikir secara positif
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • Belajar menyukai diri sendiri
  • Belajar bertenang
  • Adakan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • Bersifat tegas/asertif
  • Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda

Petua Elak Stress

Otak yang tenang dapat diatasi dengan beberapa jenis makanan yang boleh membantu masalah tekanan supaya menjadi lebih efektif.

Ayam bakar dan daging yang membekalkan protein yang baik terhadap tubuh badan. sejumlah 200 gram akan membantu otak menghasilkan doparnin dan norepinefrin, iaitu sebatian kimia semula jadi di dalam otak yang akan mengekalkan kewarasan anda, demikian menurut Judith Wurtman, penulis buku The Serotonin Power Diet,daging mengandungi lemak yang juga mengandungi vitamin B, zat besi yang dapat membantu mengurangkan stress

Kacang badam sangat lazat dan mempunyai khasiat antistress luar biasa yang dilengkapi vitamin B2, vitamin E dan magnesium yang membantu menenangkan dan mengendalikan emosi dengan baik, manakala vitamin E yang terkandung di dalamnya kaya dengan antioksidan yang boleh menghalang radikal bebas menjadi penyebab stress, sekali gus melawan penyakit jangtung. Makan segenggam badam setiap hari sudah mencukupi untuk mengekalkan kesihatan dan mengawal stres anda.

Bertih jagung juga dapat membantu menghindari perasaan gelisah sehingga menyebabkan tidur terganggu.Pilihlah makanan seperti bertih jagung kerana karbohidrat akan membuat badan kita melepaskan serotonin, iaitu sebatian kimia didalam otak yang menyebabkan kita berasa lebih tenang.

Penggemar-penggemar makanan Jepun seperti ‘sushi’ tentunya bakal mendapat manfaat kerana rumpai laut mempunyai khasiat mirip ikan yang terdapat di dalam campuran sushi. Asid pantothenic yang terdapat di dalamnya penting bagi kelenjar adrenalin yang memainkan peranan penting bagi pengurusan stres tubuh. Kekurangan asid ini boleh menyebabkan jangkitan lelah dan rasa gelisah yang berlebihan.

Coklat membantu anda menenangkan emosi. Coklat dipenuhi dengan nadamin dan feniletilamin yang membantu saraf dan membuat perasaan lebih tenang dan gembira. Nanas dan buah beri mempunyai antioksidan yang banyak membantu anda melawan radikal bebas menghasilkan memori segar dan kuat. Ini kerana "otak menyerap lebih banyak oksigen, maka antioksidan akan membantu mengurangkan kerosakan otak disebabkan oksidan yang ada.

Hampir kesemua jenis ikan mengandungi vitamin B lengkap, terutama B6, dan B12 yang diketahui amat penting bagi meredakan stres. Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan depresi. Selain itu, makanan yang kaya dengan omega 3 seperti ikan salmon, boleh melindungi diri daripada penyakit jantung.

Sayuran hijau seperti brokoli, kangkung dan sayuran lain yang berwarna hijau tua merupakan sayuran yang amat bermanfaat untuk menurunkan stres. Ini kerana, kandungan vitaminnya yang begitu banyak dapat dijadikan sebagai sumber tenaga tubuh yang semakin berkurangan ketika fikiran dalam keadaan tertekan.

Roti, nasi putih atau kuih-muih boleh mengenyangkan, tetapi setelah menikmatinya anda akan berasa mengantuk dan tak kurang boleh menyebabkan anda lebih berisi dan gemuk. Namun, gandum memberi kesan yang lain, Iaitu boleh mengenyangkan sekali gus dapat mengendalikan stres dalam jangka waktu yang lama.

Sebelum mengambil susu, carilah jenis susu yang paling sesuai dengan keperluan anda. Apa yang penting, minuman ini mengandungi antioksidan yang dapat menghancurkan radikal bebas yang menjadi punca stres. Minumlah susu pada waktu pagi atau malam ( sebelum anda tidur).

Petua Ubat Buasir

BUASIR sememangnya satu masalah yang kronik. Ia berpunca daripada saluran darah vena yang membengkak di sekitar dinding dubur.

Oleh itu, apakah cara rawatan yang terbaik untuk buasir .


Pertama menggunakan rawatan secara perubatan, misalnya ointmen seperti zink oksida dan jeli petroleum boleh digunakan untuk mencegah kecederaan dan mengurangkan kegatalan pada dubur. Ada kalanya ointment mengandungi steroid boleh membantu mengurangkan inflamasi dan kegatalan pada dubur sementara ointmen yang mengandungi ubat pelali digunakan jika buasir itu menyakitkan.

Ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) pula digunakan bagi mengurangkan sakit dan bengkak pada dubur. Kaedah ini cukup berkesan bagi kes buasir yang akut.

Pada masa sama, kita juga harus memahami yang cara hidup kita mestilah berubah sama bagi mengurangkan risiko buasir berulang semula.

Ini seperti:

  • Mengelak sembelit dengan mengambil lebih banyak makanan berserat tinggi seperti bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang. Makanan yang berserat tinggi boleh diambil bagi membantu najis menjadi lembut. Senaman dan mengambil makanan berfiber tinggi membantu perjalanan buang air besar.


  • Elakkan pengambilan julap kerana ia menyebabkan cirit birit dan memburukkan lagi buasir.


  • Elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi. Minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air sehari bagi mengelakkan badan kekurangan air dan berdepan masalah sembelit


  • Amalkan pembuangan air besar yang baik seperti mengelak meneran terlalu kuat. Segeralah ke bilik air jika ada gesaan untuk membuang air besar.


  • Jangan amalkan membaca dalam bilik air terlalu lama kerana akan menyebabkan buasir menjadi teruk.


  • Pastikan tidak duduk dan berdiri terlalu lama serta jangan mengangkat barang berat.

    Sumber :Berita Harian.com.my
  • Petua Elak Sembelit

    MENGIKUT pendapat umum, buasir adalah topik yang jarang dibincang secara terbuka. Ini adalah kerana perasaan malu iaitu buasir terjadi di bahagian sulit. Kehadiran tisu buasir adalah sebagai komponen normal di dalam anatomi manusia. Buasir biasanya terdiri daripada kusyen vaskular (yang kaya dengan saluran darah) di dubur yang bertindak sebagai lapik termampat untuk membenarkan dubur tutup sama sekali. Buasir akan menaikkan simptom atau membawa masalah apabila ia membesar, lazimnya hasil daripada tekanan atau stres yang berlebihan.

    Bagi kebanyakan dewasa, di satu tahap atau lain terpaksa menghadapi dengan pendarahan, kegatalan, lelehan lendir dan kadangkala kesakitan yang memaklumkan akan situasi buasir. Malangnya, buasir cenderung untuk menjadi lebih teruk hari demi hari. Situasi ini harus dirawat secepat mungkin selepas mendapat tahu mengenainya kerana terdapatnya perubatan dan rawatan yang berkesan. Selalunya, buasir memerlukan hanya penjagaan sendiri dan perubahan dalam cara hidup di peringkat awal tanpa memerlukan rawatan yang kompleks. Paras pesakit yang mengalami buasir yang lama dan kronik akan memerlukan rawatan pembedahan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup untuk pendarahan, kesakitan dan buasir prolaps (tergelincir keluar).

    Pakar Bedah Kolorektal Pusat Perubatan Prince Court, Prof. Dr. Yunus Gul Alif Gul berkata, buasir merujuk kepada urat darah di dalam dinding dubur.
    "Kedudukannya berada di bawah selaput lendir iaitu lapisan dubur yang paling dalam.

    Tekanan berlebihan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol, kadangkala boleh pecah, menyebabkan buasir," katanya.

    Menurut Dr. Yunus Gul, di dalam saluran dubur manusia terdapat kusyen vaskular di antara anus dengan rektum bawah, menjadikan otot-otot dubur menjadi elastik atau kenyal.

    Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

    Lama-kelamaan ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas.

    Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, cirit-birit juga boleh menjadi puncanya.

    Tambah Dr. Yunus Gul, pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya buasir tetapi boleh jadi petunjuk kepada lain-lain penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.

    "Mereka yang mempunyai sebarang gejala atau pendarahan dubur lebih baik terus berjumpa doktor. Ada juga pesakit yang tidak menunjukkan sebarang gejala awal," katanya.

    Dr. Yunus Gul turut melahirkan kekecewaannya apabila kebanyakan pesakit hanya berjumpa doktor setelah buasir memasuki peringkat teruk.

    Pada ketika itu, katanya, pilihan rawatan yang ada hanyalah pembedahan yang sepatutnya boleh dielakkan jika mereka merujuk pendarahan awal kepada doktor.
    Punca-punca buasir
    l Sembelit dan meneran berlebihan ketika membuang buasir.
    l Pekerjaan yang melibatkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.
    l Obesiti, kehamilan dan melahirkan anak.
    Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir. Penyakit ini boleh dicegah dan simptomnya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun dengan rawatan, pesakit harus mengubah cara hidup mereka untuk mengelakkan berulangnya masalah.

    Rawatan
    Rawatan buasir melibatkan langkah-langkah yang boleh dilakukan sendiri berdasarkan nasihat daripada doktor anda. Rawatan yang paling baik adalah pencegahan. Diet makanan yang tinggi dengan serat dan sebahagian besar dapat mengelakkan sembelit dan meneran berlebihan. Kadangkala ubat-ubatan atau prosedur pembedahan juga diperlukan untuk tujuan rawatan.

    Rawatan perubatan
    Ini adalah amat berguna terutamanya bagi pesakit buasir dengan tahap pertama. Jika buasir anda hanya wujud dengan ketidakselesaan yang sedikit, doktor anda boleh mencadangkan krim dari kaunter farmasi atau salap yang selalunya mengandungi anestetik sederhana atau agen melegakan kesakitan atau steroid. Bentuk rawatan perubatan ini, dengan gabungan nasihat untuk perubahan diet dan pembukaan usus yang betul, dilengkapkan dengan mandian air panas setiap hari yang dapat melegakan simptom tersebut.

    Walau bagaimanapun, salap telah dikenal pasti menyebabkan tahap sensitif kulit yang tinggi dengan penggunaan jangka panjang. Pesakit dinasihatkan untuk mengelak penggunaan bagi tempoh yang lama. Daflon adalah sejenis ubat yang diestrak daripada sejenis kulit oren khas yang selalunya digunakan dalam merawat buasir. Ubat ini bertindak melindungi dan memperkuat saluran pembuluh darah di dalam tisu buasir dan mengurangkan pengembangan saluran tersebut. Ini adalah lebih sesuai bagi pesakit buasir dengan tahap pertama atau kedua dan tidak sesuai untuk merawat buasir yang di tahap seterusnya serta buasir luaran.

    Prosedur lain termasuk pembedahan
    l Ligasi pita getah
    n Satu atau dua pita getah yang kecil akan diikat di sekitar dasar buasir dalaman untuk menghentikan pengedarnya. Dalam masa beberapa hari, buasir itu akan tanggal sendiri tanpa rasa sakit.
    l Jika prosedur lain tidak berjaya atau jika anda mempunyai buasir yang besar, doktor pakar anda akan membuang tisu berkenaan dalam satu prosedur yang dikenali sebagai hemorhoidektomi. Pembedahan ini dilakukan sama ada dengan menggunakan bius setempat digabungkan dengan sedatif (ubat penenang), anestetik spina atau bius umum.
    l Pembedahan eksisi. Ia dikaitkan dengan tahap kesihatan yang lebih tinggi kerana bahagian bawah kulit dan saluran anus yang kaya dengan saraf fiber akan dieksisi ketika pembedahan.
    l Ligasi Arteri Buasir (HAL Doppler) lazimnya sesuai untuk buasir berdarah termasuk buasir tahap ketuga. Sejenis alat ultrabunyi yang menggunakan gelombang bunyi untuk mengenal pasti arteri buasir yang akan diligasi. Ini mengurangkan pengaliran darah kepada buasir dan mengecutkan sebahagian besar longgokan dan perhentian pendarahan. Ia adalah prosedur sehari yang tidak sakit dan dilakukan di bawah anestetik umum atau spina, memberi hasil yang baik dan harapan yang cerah.

    Petua Elak Sembelit Kronik

    PERNAHKAH anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang air besar? Jika anda perlu berdepan dengan kesukaran setiap kali berada di tandas, ini bermakna anda mengalami sembelit kronik.
    Disifatkan sebagai gejala dan bukan sejenis penyakit yang merbahaya, setiap individu pernah mengalami masalah ini. Sungguhpun begitu, masih ramai yang menganggap sembelit sebagai isu remeh dan berpendapat ia boleh diselesaikan dengan banyak meminum air.
    Menurut Pakar Perunding Bedah Am dan Kolorektal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Ismail Sagap, sembelit ialah situasi apabila individu membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu dan keadaan itu berlarutan sehingga beberapa bulan.
    “Seseorang itu juga boleh memiliki gejala sembelit jika lebih 40 peratus najis yang dikeluarkan adalah keras. Lazimnya, individu normal akan mengeluarkan 75 peratus najis lembut dan proses pembuangan lebih lancar tanpa perlu meneran dengan kuat.
    “Penghidap sembelit kronik biasanya tidak membuang air besar untuk beberapa hari. Malah terdapat juga kes membabitkan pesakit yang tidak membuang air besar dengan sempurna sehingga berbulan-bulan.
    “Perut pesakit akan mengembung, kejang dan sakit serta kurang selera makan. Bagi kanak-kanak, sedikit cairan atau calitan najis lembut pada seluar dalam adalah petanda bahawa anak itu mendapat sembelit.
    “Sungguhpun begitu, kebanyakan masalah sembelit membabitkan golongan usia pertengahan dan banyak terjadi kepada wanita muda,” ujarnya.
    Jelas Ismail, wanita muda sering memilih untuk menahan air besar daripada membuangnya terutama jika berada di kawasan awam seperti kompleks beli-belah yang mempunyai tandas kotor.
    “Ramai wanita muda berasa geli untuk membuang air besar di tandas awam. Mereka lebih rela menyimpan najis dan membuangnya apabila sampai di rumah daripada terpaksa mencangkung atau duduk di dalam tandas yang kotor dan berbau.
    “Tetapi keadaan yang biasa berlaku adalah sebaliknya. Apabila sampai di rumah, perasaan untuk membuang air besar sudah hilang dan tiada sebarang najis dilepaskan walaupun menunggu lama di dalam tandas,” ujarnya,
    Tabiat melengah-lengahkan proses pembuangan air besar juga dipercayai menyebabkan perut gembung malah boleh mengakibatkan usus menjadi malas.
    Keadaan tersebut menyebabkan pergerakan najis di dalam usus menjadi lambat atau tidak bergerak sekali gus menyebabkan usus tersumbat.
    “Apabila najis sudah sampai di rektum, ia akan memberi signal kepada otak untuk memberitahu bahawa sudah sampai masa untuk ke tandas. Tetapi apabila kerap berlengah ke tandas, usus menjadi kurang sensitif dan otak tidak lagi boleh mencerna isyarat itu. Akhirnya individu tersebut lebih selesa untuk tidak ke tandas.
    “Keadaan ini lama-kelamaan boleh mendatangkan masalah seperti perut kembung, muntah dan rasa sangat tidak selesa,” katanya.
    Sementara itu, Pakar Gasteroenterologi, Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), Dr. Ishak Mas’ud berpendapat, sembelit terdiri daripada tiga peringkat iaitu sembelit sejak lahir, pertengahan dan utama.
    “Sembelit boleh menjadi gejala yang tidak merbahaya dan ia juga boleh menjadi sebaliknya.
    “Sembelit yang tidak merbahaya hanya bersifat sementara dan disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit dengan dos tinggi sehingga boleh memperlahankan pergerakan usus.
    “Sembelit jenis ini juga boleh terjadi kerana pertukaran cara pemakanan yang kurang serat. Turut menjadi punca sembelit ialah kehadiran luka kecil pada bahagian lubang dubur yang memberi kesan yang amat sakit apabila membuang air besar.

    “Bagi golongan warga emas dan pesakit angin ahmar, masalah najis melekat pada usus juga boleh menyebabkan mereka terpaksa meneran sehingga kulit dubur merekah, pedih dan berdarah,” jelasnya.
    Secara klinikalnya, sembelit hanya bersifat gejala dan bukan penyakit. Namun, itu bukan alasan untuk masyarakat terus menganggap ia sebagai isu ringan apatah lagi jika menghidap sembelit secara berterusan untuk tempoh dua hingga tiga minggu.

    Ironinya, masih ramai menganggap kesukaran membuang air besar dan najis berdarah sebagai buasir sedangkan ciri itu adalah tanda-tanda yang menjurus kepada kanser usus.
    “Sembelit yang merbahaya terjadi disebabkan oleh kanser usus dan saluran najis yang tersumbat.

    “Justeru, sekiranya anda mengalami sakit perut, sembelit dan najis berdarah serta kehadiran lendir yang berlarutan, jangan anggap ia adalah buasir. Seelok-eloknya, jumpa doktor dan lakukan pemeriksaan kolonoskopi.
    “Ada beberapa kes yang pernah saya kendalikan menganggap sembelit dan najis berdarah hanya sebagai buasir, hakikatnya ia adalah kanser usus yang sudah serius,” ujarnya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.
    Ramai pesakit sembelit yang dikendalikan Ishak terdiri daripada golongan lelaki.

    “Ramai wanita malu untuk tampil berjumpa doktor kerana pemeriksaan sembelit melibatkan anggota sulit mereka. Sungguhpun begitu, malu bukan alasan untuk mereka tidak menjalani pemeriksaan.

    “Sekiranya simptom sembelit dan najis berdarah itu hanya buasir biasa, tidak mengapa. Tetapi jika ditakdirkan itu adalah tanda-tanda kanser usus, tidak mustahil ia boleh mengancam nyawa jika lambat dikesan,” ujarnya.

    Tidak menolak kekerapan seminggu sekali ke tandas sebagai perkara normal bagi yang sudah biasa, namun Ishak memberitahu keadaan itu akan mengundang rasa tidak selesa kepada perut.

    “Memang ada orang yang buang air besar sekali seminggu. Ia normal bagi orang yang sudah dilatih sejak kecil dengan cara begitu. Jumlah kekerapan bukan penentu sama ada orang itu sembelit atau tidak kerana tabiat ke tandas antara individu adalah berbeza.

    “Seelok-eloknya, elakkan kerap menahan daripada buang air besar. Jika keadaan tidak mengizinkan untuk ‘membuang’ contohnya ketika menaiki bas atau pesawat, tidak mengapa jika kita menahannya untuk jangka masa yang pendek. Namun, sebaik sahaja berada dalam zon selesa, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah ke tandas,” katanya.

    Sumber : Kosmo Online

    Monday

    PANDUAN UNTUK MENGURANGKAN HUTANG

    Terdapat pelbagai kaedah untuk membayar hutang kad kredit anda. Bagaimanapun, ia bergantung kepada jumlah hutang dan pendapatan semasa anda. Situasi ini akan menentukan keupayaan anda untuk berhadapan dengan bayaran bulanan minimum.

    Akses situasi kewangan
    Akses kedudukan kewangan anda sebelum merancang mengurangkan hutang kad kredit anda adalah penting untuk mencapai matlamat. Hitungkan semua pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda. Baki jumlah tersebut boleh digunakan untuk tujuan pembayaran atau penggunaan kad kredit anda.

    Merancang pengurusan hutang
    Anda perlu membuat rancangan untuk mengurangkan hutang kad kredit. Perancangan hutang yang profesional dapat menyingkirkan hutang yang tidak diperlukan. Bagaimanapun, pastikan bahawa anda telah mempertimbang dan memasukkan semua pilihan pelepasan hutang bagi mengurangkan jumlah hutang yang perlu dibayar.


    Melaksanakan Perancangan
    Ia bukannya mudah, namun hutang kad kredit anda perlu dikurangkan. Anda mungkin mengambil masa selama bertahun-tahun bagi menghapuskan hutang anda sepenuhnya, namun ia penting bagi meningkatkan tahap kredit anda. Anda harus menyedari bahawa hutang bukan hanya memberi impak kepada anda, juga rumah tangga anda. Memiliki rekod yang bersih dapat menjamin anda untuk meminjam wang sekiranya diperlukan pada masa hadapan.

    Setelah mengenal pasti situasi kewangan dan membuat perancangan keseluruhan bagi mengurangkan hutang, anda perlu mempertimbangkan bagaimana untuk berjimat.

    Di bawah adalah tip-tip untuk pertimbangan anda:

    Lebihkan Pendapatan, Kurangkan Perbelanjaan
    Terlebih dahulu, anda perlu memastikan bahawa telah mengeluarkan semua perbelanjaan yang tidak penting. Ia adalah penting bagi memudahkan anda untuk mengenal pasti jumlah yang boleh dijimatkan dengan mengubah tabiat pemakanan, misalnya makan di restoran yang murah (kurangkan makan di luar), membeli barangan runcit berjenama pasar raya berbanding jenama biasa. Anda mungkin perlukan pertolongan bagi menguruskan kewangan anda setiap hari untuk mengurangkan hutang anda.

    Kurangan Perbelanjaan
    Anda perlu mengenal pasti tujuan perbelanjaan anda. Peluang untuk anda berbelanja adalah lebih tinggi berbanding pendapatan. Ini adalah situasi yang kritikal di mana hutang tidak boleh dihapuskan. Justeru, anda perlu mengurangkan perbelanjaan harian anda terlebih dahulu.

    Anda perlu berusaha untuk melalui kehidupan yang sejajar dengan kemampuan anda dan bukannya mewah. Mengurangkan perbelanjaan adalah pilihan yang tepat, mudah dan pantas untuk melihat keberkesanannya.

    Pendapatan yang lebih baik
    Cari pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih baik dan pastikan anda tidak meninggalkan pekerjaan sekarang sehingga anda mendapat pekerjaan yang baru kerana ia akan menyebabkan stres yang berpanjangan.

    Pekerjaan kedua

    Dapatkan pekerjaan yang kedua, pekerjaan sementara untuk menambahkan pendapatan kerja sepenuh masa. Hal ini akan bantu menambahkan pendapatan bagi menampung perbelanjaan dan hutang yang anda tanggung.

    Dapatkan khidmat golongan profesional
    Sekiranya anda mendapati bahawa anda tidak mampu untuk membayar balik bayaran minimum, pilihan terbaik anda adalah untuk mendapatkan firma pengurangan hutang yang berupaya meringankan beban anda dengan menyediakan pembayaran mengikut keadaan semasa anda.

    Anda juga perlu mendapatkan bantuan firma yang pakar yang mampu berunding untuk mendapatkan terma-terma imbalan yang baik bagi pelanggan mereka. Dapatkan juga perhubungan kaunseling kredit yang bukan bermotifkan keuntungan dan syarikat-syarikat konsolidasi perhutangan yang boleh membantu mengurangkan penggenaan bunga atas kad kredit, mengurangkan pembayaran bulanan dan sekaligus memberikan khidmat nasihat kewangan bagi mengelakan masalah hutang kad kredit anda pada masa akan datang.

    Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pengurusan hutang dengan bank melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

    Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

    Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan…..

    Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.
    Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasti:

    Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba
    jantung / dada berdebar dengan laju.

    1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
    2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
    3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun
    mencungap.
    4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau
    kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
    5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang
    namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu
    kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
    6. Tapak tangannya.semakin basah.

    Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat pemakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

    Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk
    merawat jantungnya:

    1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan
    sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy
    creamer)
    2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
    3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
    4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
    5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
    6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala
    yang sewaktu dengannya
    7. Elakkan mandi selepas makan
    8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
    9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
    10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
    11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

    Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

    Sekian wassalam wallahuaqlam. _,


    'sharing is caring.

    Puasa Usir Radikal Bebas dan Membantu Hindari 50 Penyakit

    Orang yang berpuasa dapat menghindari sedikitnya 50 jenis penyakit. Hal ini lantaran ketika berpuasa, produksi oksidan atau radikal bebas berkurang sementara tubuh memproduksi antioksidan.

    “Pada saat puasa, hormon dalam tubuh berubah salah satunya menghasilkan antioksidan. Pada hari ke 7-14 kadar antioksidan akan meningkat,“ ujar dokter konsultan gizi, Sri Rusmanti, dalam diskusi Tinjauan Manfaat Puasa dari Sisi Medis di Rumah Sakit Umum Islam Kustati Solo, Sabtu (8/8).

    Rusmanti menjelaskan metabolisme akan menghasilkan sisa yang jika menumpuk akan berbahaya bagi tubuh. Metabolisme karbohidrat akan menghasilkan sisa oksidan atau radikal bebas.

    Zat kimia ini sangat reaktif dan mampu bereaksi dengan protein, lemak, karbohidrat, atau inti sel tubuh. “Reaksi antara radikal bebas dan molekul itu mengakibatkan rusaknya beberapa sel jaringan dalam tubuh sehingga timbullah penyakit, “ ujarnya.

    Penyakit yang timbul dari radikal bebas, ujarnya, umumnya adalah penyakit degeneratif atau penuaan dini dan peradangan. Radikal bebas juga dapat menyerang inti sel sehat yang kemudian dapat bermutasi menjadi sel tumor atau kanker. Pada dinding pembuluh darah, radikal bebas dapat menyebabkan peradangan yang mengakibatkan penyakit jantung koroner. Radikal bebas dalam pembuluh darah dapat menyebabkan penyakit hipertensi dan stroke.

    Dalam jumlah yang sedikit, radikal bebas bermanfaat untuk membunuh kuman atau virus. Tetapi jika berlebih, radikal bebas disejajarkan dengan racun. Selain berasal dari metabolisme tubuh, radikal bebas tersebut juga dapat berasal dari lingkungan luar, seperti zat polutan, makanan berpengawet, atau makanan tinggi kadar gula dan garam.

    Tak hanya itu, Rusmanti mengatakan, metabolisme protein juga akan menghasilkan sampah asam urat(asid urik), amoniak, dan ureum. Berlebihnya sisa asam urat dalam tubuh menyebabkan penyakit asam urat, sementara amoniak dapat meracuni otak.

    “Sebenarnya tubuh punya mekanisme pembuangan sendiri lewat kencing, buang air besar, dan keringat. Tetapi, ada yang makan lebih dari yang diperlukan tubuh sehingga tidak semua zat sisa keluar, “ ujarnya.

    Penetralan zat sisa metabolisme tubuh tersebut akan berlangsung ketika seseorang berpuasa. Tubuh akan menghasilkan zat yang dapat menetralkan sisa metabolisme tersebut seperti insulin yang mengelola gula darah. Puasa juga akan menurunkan kadar adrenalin, zat yang memicu kerja jantung sehingga emosi akan turun. Hormon kesuburan, testosterone ternyata juga meningkat pada orang yang berpuasa. Karena itu, Rusmanti menyebutkan, sedikitnya sekitar 50 penyakit dapat dicegah dengan puasa.

    Meski demikian, Rusmanti mengungkapkan, penyakit tersebut hanya dapat dicegah dengan puasa yang benar. Selain menjalankan segala ibadah sesuai ajaran Islam, orang yang berpuasa juga menjalankan pola makan yang baik yakni makan makanan yang tidak tercampur dengan bahan-bahan berbahaya. Saat buka dan sahur pun, asupan makanan diharuskan tidak berlebihan.

    Dia mengutarakan, pada saat berbuka, sebaiknya mengonsumsi minuman yang bersuhu sama dengan suhu tubuh. “Kalau minum ais akan memicu asam lambung, akibatnya akan kembung dan mengganggu pencernaan berikutnya, “ ujarnya.

    Memakan kurma tiga biji saja pada saat berbuka sudah dapat menghasilkan 50 kalori untuk menjalankan shalat Maghrib. Kebiasaan menyantap kolak bersantan sebenarnya kurang tepat karena memerlukan proses pencernaan sehingga kurang cepat menghasilkan energy.

    Selesai shalat, Rusmanti menganjurkan untuk mengonsumsi makanan yang mudah dicerna dan tidak tinggi lemak, serat, dan protein. Nasi yang diolah harus memiliki kematangan yang cukup. Untuk jenis sayuran, Rusmanti menganjurkan yang tidak mengandung serat tinggi dan mudah diproses seperti bayam, wortel, dan terong. Konsumsi daging sebaiknya tidak menyertakan kulit dan dikunyah sampai lembut.

    Saat sahur, Rusmanti menyarankan, sebaiknya mengonsumsi makanan yang banyak mengandung serat. Makanan kaya serat tidak akan segera dicerna usus sehingga tidak cepat lapar. Makanan tersebut diantaranya nasi, kacang-kacangan termasuk tempe, dan sayuran. Untuk menjaga stamina, pada saat sahur juga sebaiknya mengonsumsi karbohidrat dan protein dari makanan seperti telur ataupun susu sapi.

    Konsumsi roti atau mie, ujar Rusmanti, sebaiknya dihindari karena cepat menimbulkan rasa lapar disamping adanya kandungan zat kimia. Pada saat sahur, hindari pula gorengan karena memerlukan banyak air dalam proses pencernaan sehingga menimbulkan rasa haus. Ketika sahur, hal yang paling utama diperhatikan adalah mengonsumsi air untuk mencegah dehidrasi atau kekurangan cairan pada saat puasa.

    BAHAN KIMIA DALAM WANGIAN BOLEH BERI KESAN BURUK KEPADA KESIHATAN

    Sejak zaman dahulu lagi, wangian telah digunakan dalam upacara keagamaan, yang kemudian penggunaannya berkembang sebagai kosmetik serta produk harian. Wangian dikatakan dapat menggambarkan peribadi pemakai.

    Tujuan utama wangian adalah untuk menghasilkan bau wangi kepada pemakai, barang kegunaan peribadi atau udara sekeliling selain menjadikan pakaian berbau harum. Secara psikologi, wangian dapat menambahkan rasa bersih apabila menggunakan produk kebersihan diri terutamanya selepas mandi.

    Namun, kebanyakan masyarakat tidak menyedari penggunaannya yang berlebihan boleh mendatangkan bahaya kesihatan terutamanya bagi wanita mengandung. Setiap produk wangian mengandungi bahan kimia wangian sama ada asli atau sintetik dan pelarut yang bertindak sebagai media atau foundation yang peratus kandungan kimia adalah 1 peratus sehingga 30 peratus bergantung kepada jenis produk wangian.

    Berdasarkan analisis kajian mendapati sebanyak 95% bahan kimia yang terkandung di dalam produk wangian adalah bahan kimia sintetik daripada jenis petroleum seperti terbitan, benzena, aldehid dan kimia toksik lain.

    Produk yang memberi kesan langsung kepada sistem pernafasan adalah seperti penyegar udara, semburan wangian badan dan rambut, pengilat kuku dan pelarutnya serta lain-lain. Semburan, wap atau gas bahan kimia ini akan memasuki saluran pernafasan dan memberi kesan kepada bahagian hidung, tekak, paru-paru dan seterusnya ke bahagian anggota badan lain melalui sistem peredaran darah.

    Jadual berikut menunjukkan contoh bahan kimia di dalam produk wangian seperti minyak wangi, penyegar udara, sabun pencuci pinggan mangkuk, pewarna dan pencuci kuku, penyembur rambut, penyembur badan, produk kosmetik, syampu, sabun, peluntur pakaian dan pelembut pakaian, detergen dan potpuri.

    BAHAN KIMIA DALAM WANGIAN BOLEH BERI KESAN BURUK KEPADA KESIHATAN

    Sejak zaman dahulu lagi, wangian telah digunakan dalam upacara keagamaan, yang kemudian penggunaannya berkembang sebagai kosmetik serta produk harian. Wangian dikatakan dapat menggambarkan peribadi pemakai.

    Tujuan utama wangian adalah untuk menghasilkan bau wangi kepada pemakai, barang kegunaan peribadi atau udara sekeliling selain menjadikan pakaian berbau harum. Secara psikologi, wangian dapat menambahkan rasa bersih apabila menggunakan produk kebersihan diri terutamanya selepas mandi.

    Namun, kebanyakan masyarakat tidak menyedari penggunaannya yang berlebihan boleh mendatangkan bahaya kesihatan terutamanya bagi wanita mengandung. Setiap produk wangian mengandungi bahan kimia wangian sama ada asli atau sintetik dan pelarut yang bertindak sebagai media atau foundation yang peratus kandungan kimia adalah 1 peratus sehingga 30 peratus bergantung kepada jenis produk wangian.

    Berdasarkan analisis kajian mendapati sebanyak 95% bahan kimia yang terkandung di dalam produk wangian adalah bahan kimia sintetik daripada jenis petroleum seperti terbitan, benzena, aldehid dan kimia toksik lain.

    Produk yang memberi kesan langsung kepada sistem pernafasan adalah seperti penyegar udara, semburan wangian badan dan rambut, pengilat kuku dan pelarutnya serta lain-lain. Semburan, wap atau gas bahan kimia ini akan memasuki saluran pernafasan dan memberi kesan kepada bahagian hidung, tekak, paru-paru dan seterusnya ke bahagian anggota badan lain melalui sistem peredaran darah.

    Jadual berikut menunjukkan contoh bahan kimia di dalam produk wangian seperti minyak wangi, penyegar udara, sabun pencuci pinggan mangkuk, pewarna dan pencuci kuku, penyembur rambut, penyembur badan, produk kosmetik, syampu, sabun, peluntur pakaian dan pelembut pakaian, detergen dan potpuri.

    BERFIKIR DAHULU SEBELUM MAKAN MAKANAN LAUT

    Dengan purata 45kg hasil laut yang dimakan oleh setiap rakyat Malaysia setahun, ia menjadikan rakyat Malaysia sebagai pengguna hasil laut yang tertinggi di Asia Tenggara dan hanya di belakang Jepun di benua Asia.

    Dana Hidup Liar Dunia (World Wildlife Fund, WWF) Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam (Malaysia Nature Society, MNS) telah melancarkan program ’Selamatkan Hasil Laut Kita’ pada bulan Jun lalu. Mereka juga telah memperkenalkan satu panduan hasil laut untuk para pengguna Malaysia untuk mengelakkan mana-mana hasil laut yang semakin berkurangan.

    Pakar-pakar saintis dunia meramalkan bahawa sekiranya exploitasi hasil laut masih dijalankan secara berleluasa, maka dalam tempoh 40 tahun, hasil laut dunia akan kepupusan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WWF Malaysia, Datuk Dionysius Sharma, penggunaan hasil laut negara kita akan meningkat kepada 50kg setiap seorang dalam tempoh terdekat pada masa hadapan. Beliau juga menekankan bahawa exploitasi hasil laut secara berlebihan dan tidak lestari telah berlaku di Malaysia untuk menangani pasaran hasil laut yang berkembang pesat ini sejak tahun 1980-an lagi. Sekiranya keadaan ini tidak berubah, negara kita bakal menghadapi kekurangan hasil laut.

    Pada masa ini, negara kita mempunyai 12,000 orang nelayan dan penternak ikan, dengan tangkapan hasil laut sebanyak 1.65 juta ton yang bernilai sebanyak RM5.8 bilion. Melalui soal selidik yang telah dijalankan, dua pertiga daripada responden akan mengurangkan atau berhenti memakan hasil laut sekiranya stok hasil laut menurun. Manakala hanya satu pertiga orang yang tahu bahawa stok hasil laut telah menurun secara mendadak.

    Selain itu, Pengarah Eksekutif MNS, Dr. Loh Chi Leong berkata bahawa rakyat Malaysia memang suka makan hasil laut. Namun sebelum makan, buatlah pilihan yang wajar dengan mengelakkan daripada memakan hasil laut yang bakal pupus.

    SEJARAH PDK DI MALAYSIA

    Kaedah PDK ini telah dipelopori oleh tiga pakar perubatan dan juga physiotherapist WHO yang terdiri daripada E. Helandar, P. Mendis dan G. Nelson yang telah menghasilkan sebuah manual yang pada peringkat drafnya setebal hampir 300 muka.

    Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual tersebut ini apabila pada tahun 1983 Malaysia telah diwakili oleh seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat dan seorang Pegawai Perubatan untuk meneliti draf manual berkenaan dan seterusnya memberikan peluang menilai dan mengubahsuaikan pelaksanaan kaedah ini di suatu Mesyuarat Kumpulan Pakar (Expert Group Meeting) anjuran WHO di Manila.

    Hasilnya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu khususnya, menjalankan satu projek perintis PDK di Batu Rakit berasaskan hasil kajian ke atas profile orang kurang upaya yang terdapat di Mukim Batu Rakit. Kajian itu dijalankan dengan kerjasama semua peringkat penduduk dan Jabatan Kerajaan di mukim tersebut dan melibatkan penduduk daripada sembilan (9) buah kampung sejumlah 17,149 orang.Hasil kajian menunjukkan sejumlah 275 orang kurang upaya dikenalpasti dan merupakan 1.65% daripada penduduk mukim berkenaan.

    Hasil daripada kajian tersebut telah meyakinkan Jabatan untuk dengan ramainya melancarkan program PDK pada tahun 1984 oleh YB. Menteri Kebajikan Masyarakat ketika itu. Pada peringkat awal pelancaran, Batu Rakit telah dikenalpasti memandangkan mukim tersebut mempunyai faktor-faktor yang sesuai untuk kajian dan juga disebabkan insiden kurang upayaan yang ramai di Daerah Kuala Terengganu ketika itu. PDK ketika di peringkat pelaksanaan awalnya hanya melibatkan seramai 55 kes orang kurang upaya kini telah meningkat perkembangannya dengan berlipat kali ganda dan melambangkan satu kaedah pemulihan orang kurang upaya di negara ini.


    Program Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK ) adalah :

    1. Program alternatif kepada program pemulihan di Institusi.

    2. OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan kelompok masyarakat sendiri.

    3. Mengecapi peluang sama rata

    4. Intergrasi sosial

    5. Penglibatan aktif OKU, ibubapa/penjaga dan masyarakat setempat dengan menggunakan secara optimum sumber sediada.

    6. Sehingga kini, Negeri Johor telah mempunyai 58 buah Program PDK.

    Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam Program PDK :

    1. Pra-Tulisan / Pra-Bacaan / Pra- Nombor

    2. Mewarna / seni lukis

    3. Latihan Kemahiran Berdikari / Kemahiran Sosial / Fisioterapi

    4. Kelas Agama

    5. Muzik dan nyanyian

    6. Kelas Jahitan / Kraftangan / Masakan

    7. Sukan dan Rekreasi / Komputer

    8. Program Khidmat Bantuan Keluarga / Program Jurulatih Bekerja

    9. Projek Pertanian / Projek Gerai / Projek Katering / IKS

    10. Kelab OKU & Program Kaunseling Rakan Sebaya

    Faedah yang diperolehi dari menyertai Program PDK:

    • C Kemahiran berkomunikasi bagi OKU.

    • C Memberi sumber pendapatan dan sekaligus meningkatkan ekonomi individu OKU.

    • C Menambah dan mendedahkan OKU dengan pelbagai kemahiran untuk memperbaiki taraf hidup berdikari OKU.

    • C Celik IT.

    • C Pendedahan Asas Agama.

    • C Menanam keyakinan diri OKU.

    PERKARA YANG MELEMAHKAN INGATAN

    Saranan-saranan yang boleh diamalkan ;

    • Kurangkan makan bawang besar
    • Kurangkan makan berempah
    • Kurangkan makan ketumbar kering
    • Kurangkan menonton hiburan
    • Kurangkan membaca majalah hiburan
    • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
    • Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(coke,sprite dan lain2)
    • Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
    • Jangan makan kepala ikan
    • Jangan minum air yang ada semut
    • Jangan tidur selepas subuh
    • Jangan tidur selepas asar
    • Jangan tidur selepas makan
    • Jangan makan terlalu kenyang
    • Jangan makan berat selepas jam 9..00 malam
    • Jangan menyapu rumah pada waktu malam
    • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
    • Jangan dicampur makan laut Dan darat dalam satu hidangan
    • Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

    Sebaliknya…praktikkan selalu amalan seperti dibawah ini ;

    • Selalu makan buah manisan seperti kurma, madu, coklat dan lain2
    • Selalu makan makanan yang panas2
    • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
    • Selalu minum air masak
    • Selalu makan ulam-ulaman
    • Selalu memandang tumbuhan/pokok hijau
    • Selalu bersenam
    • Selalu menggunakan imaginasi otak
    • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
    • Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana di situlah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan Kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit.