Thursday

Kebakaran kapal Bunga Alpinia

LABUAN: Kebakaran di atas kapal tangki bahan kimia dan minyak sawit milik MISC Berhad 'Bunga Alpinia' di Labuan awal pagi tadi dilaporkan mengorbankan satu nyawa.

Menurut sumber Unit Kecemasan Hospital Labuan, mangsa ialah warga tempatan, Syahril Azmi Baharudin yang dipercayai melecur.

Menurut pasukan Bomba dan Penyelamat pula, tiga yang lain dilaporkan cedera sementara operasi mencari seorang lagi mangsa yang hilang masih diteruskan.

Senarai awal mangsa yang dibawa ke hospital tersebut ialah Zahari Hashim, Mohd Hanafi Khairil, Mohd Nazim Kamsani dan dua warga Filipina, Colangoy dan Krrol Salalv An.

Punca kejadian yang berlaku kira-kira 2.30 pagi itu masih disiasat. Pulau Labuan baru sahaja diktiraf sebagai pusat minyak dan gas yang menempatkan kebanyakan syarikat minyak dan gas antarabangsa.

Menurut MISC, kapal 38,000 DWT IMO II itu mempunyai 29 anak kapal yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam rakyat Filipina. Seramai 24 anak kapal telah berjaya diselamatkan.

Kapal tersebut terbakar dan meletup di jeti terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd berdekatan Pulau Enoe, Zon Industri Rancha-Rancha.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Labuan, Zainal Madasin berkata 64 anggota bomba dan enam jentera masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di kapal yang kelihatan senget itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment