Wednesday

SIAPA SEBENARNYA KITA NI???

KITA SEBENARNYE…
lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1 Muharram.

KITA SEBENARNYE…
lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.

KITA SEBENARNYE…
lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.

KITA SEBENARNYE…
lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.

KITA SEBENARNYE…
lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang.

KITA SEBENARNYE…
lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama para wali,,solafussolleh,nabi dan rasul2,para sahabat nabi.

KITA SEBENARNYE…
lebih suka menyebut helo atau hai daripada Assalamualaikum.

KITA SEBENARNYE…
lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.

KITA SEBENARNYE…
kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada ALLAH, Tuhan kita sendiri.

KITA SEBENARNYE…
kita sebenarnya lebih suka membaca majalah daripada buku-buku agama dan al-quran.

KITA SEBENARNYE…
lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.

KITA SEBENARNYE…
lebih suka memaki,mengumpat orang daripada mendoakan dan menasihati mereka.

KITA SEBENARNYE…
lebih suka mencarut daripada menyebut Masya Allah.

KITA SEBENARNYE…
lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.

KITA SEBENARNYE…
lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.

KITA SEBENARNYE…
lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.

tapi, bila ada orang tanya arah tujuan kita,
kita lebih suka menjawab..

KITA SEBENARNYE…
lebih suka menuju ke syurga daripada neraka..

tapi… layakkah kita dengan syurga milik Allah s.w.t?

No comments:

Post a Comment