Saturday

APA ITU DISLEKSIA


Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA

Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak. (Pengenalan Ke Dyslexia)

JENIS-JENIS DISLEKSIA

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;

Disleksia visual (penglihatan)

Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik

Disleksia auditori (pendengaran)

Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori

Disleksia visual-auditori

Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

PUNCA-PUNCA DISLEKSIA


Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

Keturunan atau genitik

Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

Biologi

Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum

Kematangan

Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

CIRI-CIRI DISLEKSIA


Tanda bagi kanak-kank pra-sekolah

Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan

Suka mengganti perkataan dan hiperaktif

Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah

Serigkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari

Tidak merangkak semasa bayi

Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri

Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan

Kanak-kanak Sekolah Rendah

6 hingga 9 tahun

Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor

Menggunakan jari untuk mengira dan membaca

Keliru dengan kiri dan kanan

Tulisan cermin atau terbalik

9 hingga 12 tahun

Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman

Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan

Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks

Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang

Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah

Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa

Sekolah Menengah

Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten

Kesukaran menulis karangan

Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral

Kesukaran mempelajari bahasa lain

Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan

Jenis orang yang suka senyap

Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten

Kuran kemahiran bersosial

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANK DISLEKSIA

Masalah utam yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

Mengeja

Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;

m – w y –g – j u – n m – n
c – e p – q h – n b – d

Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti

t – h f – v

Membaca

Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti;

Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut;

Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut;

Batu – tuba Gula - lagu

pada masa yang sama – dapa masa yang masa

Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu

Jam – jem cat - cat

Menulis

Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka jiga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan.

Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik

Bercakap dan mendengar

Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.

Nombor

Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut;

3 – 5 - 8 9 - 6

Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial

Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkna baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut

Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh

Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah

LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA

Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya

Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.

Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi

Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.

Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa

Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika

Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni

Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik

Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri

Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan (ADHD)

Pendahuluan

ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Ia melibatkan 3 jenis kepayahan :

Kurang tumpuan

Hiperaktif

Menurut kata hati (Impulsiviti)

Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki.
Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.

Tanda & gejala

Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.

A. Kurang tumpuan

Kanak-kanak sentiasa :

Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.

Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya

Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah

Tidak dapat menyelesaikan tugasnya

Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya

Tidak berupaya mematuhi arahan

Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran

Mudah hilang perhatian

Pelupa

B. Hyperaktif

Kanak-kanak sering :

Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya

Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ

Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)

Bising waktu bermain

Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)

Banyak bercakap

C. Menurut kata hati (Impulsiviti)

Kanak-kanak akan :

Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis

Tidak sabar menunggu giliran

Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain

Tambahan :

Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun

Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan

Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam

Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu

Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan

Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya


Sekiranya anak anda memenuhi kriteria seperti di atas, sila mendapat bantuan profesional dengan segera.

Komplikasi

ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang.

Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan rakan.

Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.

Rawatan

Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.

Pemulihan

Intervensi tingkah laku

Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :

Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.

Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.

Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.

Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.

Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.

Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.

Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.

Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.

Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti.

Pendidikan Khas

Kanak-kanak yang mengidap ADHD boleh berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan dan ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas.
Mereka akan menerima faedah dari kelas yang lebih kecil dengan tumpuan yang lebih kepada mereka.

No comments:

Post a Comment