Wednesday

Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.

-sejarah-
*******************************

Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiranSabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiranPerbadanan Labuan. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.

Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk SeriAbdullah bin Haji Ahmad Badawi telah membawa kepada penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tugas kementerian ini ialah memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan.


CIRI-CIRI BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN

Menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia:

KuningKedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan
BiruPerpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran
MerahSemangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
Jata Negara(Lambang harimau berjuang) Melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara.
Tiga (3) bintang
Di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan


[ke_01.3.jpg]



Saturday

BAHASA ISYARAT-2

PERCAKAPAN BAHASA ISYARAT